Coach KaioCoaching Meta Ads
Book Slot
Personal Coaching · Group · Workshop

Belajar Run Meta Ads Sendiri. Sampai Ads Manager Tak Lagi Blur.

Coaching Meta Ads (Facebook & Instagram Ads) untuk business owner. Takde slide panjang-panjang. Kita buka ad account anda sendiri, check apa yang tak kena, dan betulkan terus, live. Nak 1-to-1, small group, group coaching atau workshop untuk team? Semua boleh.

Isi borang 2 minit. Lepas tu saya sendiri WhatsApp anda, cadangkan format yang sesuai siap dengan harga.

Coach Kaio mengajar structure funnel Meta Ads di whiteboard
3-Layer Engine
AwarenessConversionRetarget
1 hingga 30 orang
Online atau fizikal
HRDC Accredited Trainer
10,000+ dah belajar
Tak sampai 2 minit

Tonton Video Ni Dulu.

Sebelum scroll lagi, tengok dulu macam mana sesi coaching ni jalan. Lagi senang nak decide lepas tu.

1:22

"Kalau anda dah bayar orang handle ads, tapi anda sendiri still tak faham apa jadi dalam account anda, video ni memang untuk anda."Coach Kaio

Kaio Dalam Angka

Saya bukan cikgu teori. Sampai hari ni saya masih run ad account client, setiap hari.

10,000+Orang dah belajar dengan saya, through online course, kelas dan corporate training
RM70JSales setahun bisnes recond car (naik dari RM9J) masa saya jadi Digital Marketing Manager kat sana
14 thnMain content, video dan digital marketing, sejak 2012
4 formatDari 1-to-1 sampai workshop 30 orang
Dashboard Meta Ads di laptop dan lead WhatsApp di telefon
Masalah

Dah Cuba Facebook Ads. Tapi Masih Blur Apa Jadi Dalam Account Sendiri.

Bisnes sendiri, anda tahu luar dalam. Tapi bila masuk bab Meta Ads, semua jadi kabur. Cuba tengok, mana satu yang kena dengan anda?

Situasi 1

Dah habis tengok berpuluh video YouTube

Dah join Facebook group, dah baca tips orang. Tapi bila buka Ads Manager sendiri, semua tu hilang entah ke mana. Sebab video tu dibuat untuk semua orang, bukan untuk bisnes anda.

Situasi 2

Dah bayar agency handle ads

Tiga bulan, enam bulan. Result okay je. Tapi apa sebenarnya diorang buat? Anda tak pernah tahu. Bila diorang stop, anda balik ke zero. Sebab anda bayar untuk result, bukan untuk faham.

Situasi 3

Dah beli online course

RM97, RM297, entah berapa dah. Content best, tapi generic. Sampai part "okay, sekarang buat untuk bisnes anda", terus stuck. Sebab bisnes anda bukan contoh dalam course tu.

Puncanya sama je. Tak pernah ada orang duduk sebelah anda, buka account sebenar anda, dan tunjuk apa yang salah untuk bisnes ANDA.

Apa yang berubah

Dari Blur ke Jelas.

Ni soalan yang paling kerap business owner tanya saya. Sebelum sesi, semua serabut. Lepas sesi, anda dah ada jawapan untuk account anda sendiri.

Sebelum sesi ?

Dalam kepala anda sekarang

  • CBO atau ABO? Mana satu untuk saya?
  • Target broad ke interest?
  • Kenapa cost tiba-tiba naik minggu ni?
  • Ad mana patut saya pause?
  • Pixel saya jalan ke tak sebenarnya?
  • Nak start dengan budget berapa?
Lepas sesi ✓

Lepas ni anda tahu

  • Kenapa structure campaign anda disusun macam tu
  • Bila perlu targeting, bila tak perlu
  • Metric mana nak check dulu bila cost naik
  • Cara baca performance creative sebelum pause
  • Cara check event pixel dengan betul
  • Budget plan yang masuk akal untuk bisnes anda
Hasil sebenar

Angka Dari Ads Manager, Bukan Dari Slide.

Ni data betul dari account yang saya run, untuk client dan untuk bisnes saya sendiri. Lain industri, lain angka. Tapi cara saya build structure tu sama, dan tu lah yang saya ajar dalam sesi.

RM500K+ad spend yang saya handle
2,810lead WhatsApp & lead form
4,465sales
7industri berbeza

Cost per lead

Ejen takaful
RM1.93

setiap lead WhatsApp

RM742 → 384 lead · 2 bulan

Apa yang saya buat

Target broad, dengan poster yang kena dengan niat orang. Dalam account lain, bila umur dihadkan 25 hingga 45, cost per lead naik hampir 3 kali ganda.

Spa & klinik estetik
RM5.07

setiap lead, campaign terbaik

RM18,056 → 1,727 lead · purata RM10.46

Apa yang saya buat

Pecahkan setiap servis ke campaign sendiri, lepas tu test WhatsApp lawan lead form. Facial, weightloss dan prenatal massage tak boleh iklan dengan cara yang sama.

Seminar hartanah
RM5.62

setiap lead WhatsApp

RM500 → 89 lead

Apa yang saya buat

Pilih objective yang betul. Versi Traffic nampak murah, RM4.95, tapi tu harga satu klik je. Versi chat terus, RM5.62 untuk satu conversation betul-betul.

Servis marketing TikTok
RM8.90

setiap lead WhatsApp

RM4,496 → 505 lead · 11 hari

Apa yang saya buat

Test jenis creative. Video jawab soalan yang orang selalu tanya dapat RM6.54 setiap lead. Poster hardsell harga pakej, RM11.35.

Cost per sale

Workshop financial education
RM57 dari RM416

setiap sale

RM4,178 → RM26,667 sales di sales page · 6.4x

Campaign pertamaRM416
Lepas restructureRM57
Apa yang saya buat

Restructure semula. Campaign pertama RM416 setiap sale. Lepas asingkan prospecting dan retargeting, turun ke RM52 hingga RM61.

Produk digital saya sendiri
RM159,000+

duit saya sendiri

4,332sales
712sales, satu campaign
RM15.51setiap sale, paling rendah
Apa yang saya buat

Tukar creative bahagian akhir funnel setiap bulan. Bila creative dah penat, cost naik. Tukar tepat pada masanya, cost turun balik.

Saya tak ajar benda yang saya sendiri tak berani buat guna duit sendiri.

Cost per lead lain-lain ikut industri, harga produk dan offer. Angka ni bukan janji untuk bisnes anda, cuma gambaran apa yang structure yang betul boleh buat. Nama client dirahsiakan. Jumlah ad spend termasuk anggaran 3 tahun handle account seorang client, purata RM10K sebulan.

Semua "apa yang saya buat" kat atas tu, itulah yang kita buat sama-sama dalam account anda masa sesi.

Isi Borang 2 Minit
Pilih cara belajar

Empat Cara Belajar Meta Ads Dengan Saya

Bezanya cuma satu: berapa banyak masa fokus pada account anda sendiri. Makin kecil group, makin personal. Makin besar, makin sesuai untuk team belajar sekali.

Paling personal
1orang

Personal Coaching 1-to-1

Satu sesi penuh, untuk bisnes dan ad account anda seorang je.

Termasuk
  • Sesi intensif, online atau fizikal
  • Audit dan betulkan account anda, live
  • 1 bulan WhatsApp support
RM1,800Sesi 1-to-1 + 1 bulan support
Pilih 1-to-1
3-5orang

Small Group Coaching

Founder dengan partner atau staff, atau beberapa business owner yang nak belajar sekali.

Sesuai untuk
  • Founder + team marketing kecil
  • Kawan bisnes yang share sesi
  • Masih cukup kecil untuk review account
RM899/ orangMinimum 3 orang
Pilih Small Group
5-10orang

Group Coaching

Kelas kecil tapi masih interaktif. Ada latihan hands-on dan Q&A terus.

Sesuai untuk
  • Team marketing company
  • Komuniti atau group usahawan
  • Bisnes yang ada beberapa cawangan
QuoteIkut saiz group & lokasi
Pilih Group
11-30orang

Workshop / Kelas Meta Ads

Untuk company, persatuan dan komuniti yang nak train ramai orang sekali gus.

Sesuai untuk
  • Training team dalam company
  • Persatuan dan komuniti usahawan
  • Program organisasi
QuoteIkut saiz, tempoh & lokasi
Pilih Workshop

Semua format boleh online atau fizikal. Untuk group dan workshop, tempoh dan flow saya adjust ikut saiz dan goal group anda.

Check dulu

Sebelum Scroll Lagi Jauh

Saya prefer jujur dari awal. Coaching ni bukan untuk semua orang, dan memang sengaja macam tu.

Coach Kaio mengajar group coaching Meta Ads kepada business owner

Ni untuk anda kalau

  • Anda business owner yang nak faham dan handle Meta Ads sendiri.
  • Anda nak team atau staff marketing faham Facebook & Instagram Ads dengan betul.
  • Bisnes apa-apa pun boleh: kedai, servis atau professional service. Kalau bukan jual produk fizikal, lagi bagus, sebab segment ni jarang ada orang nak ajar betul-betul.
  • Anda newbie total, atau dah cuba sendiri tapi struggle. Dua-dua okay.

Ni BUKAN untuk anda kalau

  • Anda sebenarnya nak orang lain handle semua. Untuk tu, saya ada servis Done-For-You yang lain. Tulis dalam borang, nanti saya explain.
  • Anda takde masa nak execute lepas belajar. Coaching ajar caranya, tapi anda atau team anda yang kena buat kerja.

Kalau satu je yang kena pun takpe. Isi borang, pilih "Belum pasti", nanti saya tunjuk arah yang lagi sesuai untuk anda.

Coach Kaio di pentas program training
Pentas training
Behind the scene produksi video di studio Kaio
Produksi video
Kaio semasa produksi video bersama selebriti dan public figure
Selebriti & public figure
Kaio menerima anugerah Most Glam Top Fashion Videographer, GLAM Magazine 2016
Anugerah GLAM 2016
Kenapa saya

Kenapa Saya Ajar Meta Ads Secara Personal

Saya start tahun 2012 sebagai freelance videographer. 2016 buka studio sendiri. Lapan tahun saya buat content untuk brand orang.

2020, Covid datang, studio tutup. Saya pivot ke digital marketing. Tapi bukan start dari zero, sebab part yang paling ramai orang stuck, which is buat creative yang orang betul-betul nak tengok, memang dah jadi kerja harian saya.

Lepas tu saya jadi Digital Marketing Manager untuk bisnes recond car, dari sales RM9 juta setahun naik ke RM70 juta setahun. Lepas tu Vice CEO untuk agency healthcare yang handle marketing klinik. Lepas tu Marketing Manager untuk bisnes jualan TikTok dengan revenue RM350k sampai RM400k sebulan. Tiga industri yang memang lain-lain.

Kenapa saya buka coaching ni? Simple je. Ramai business owner sebenarnya boleh belajar. Cuma tak pernah ada orang duduk sebelah, tunjuk masalah dalam account sebenar diorang. Bukan slide. Bukan contoh generic.

Framework yang saya ajar, sama dengan yang saya guna untuk client saya, hari-hari.Coach Kaio

2012

Start sebagai freelance videographer. Wedding, corporate, program TV, commercial dan video marketing SME.

2016

Buka studio sendiri. Menang Most Glam Top Fashion Videographer (GLAM Magazine) dan Winner Travel Videographer 2016.

2020

Studio tutup masa Covid. Pivot ke digital marketing dan Meta Ads, dalam tiga industri berbeza.

Kini

HRDC Accredited Trainer. 10,000+ orang dah belajar. Masih run ad account client setiap hari.

Cara saya ajar

Apa Jadi Dalam Sesi Coaching Meta Ads

Ni bukan kelas teori. Ni sesi kerja, apa pun format yang anda pilih. Anda duduk depan account sendiri, saya tunjuk apa nak tekan dan kenapa.

Coach Kaio mengajar kelas Meta Ads secara hands-on kepada business owner
Account sebenar

Kita buka Ads Manager, live

Bukan demo guna account contoh. Kalau dah ada account, kita audit dan betulkan sama-sama. Kalau belum start, kita build dari zero depan mata anda.

Framework

3-Layer Engine

Awareness, Conversion, Retargeting. Structure yang sama saya guna dalam account client saya.

Lebih dari setting

Structure, creative, copywriting

Macam mana nak buat poster dan video yang stop scroll, plus copy basic yang orang nak baca. Tiga benda ni selalu terpisah bila belajar sorang-sorang.

Ikut level anda

Start dari basic

Newbie total pun boleh follow. Lepas basic dah kukuh, kita terus masuk masalah spesifik bisnes anda.

Ikut bisnes anda

Bukan resipi generic

Saya tak ajar satu cara untuk semua orang. Saya tunjuk cara run Facebook Ads yang kena dengan jenis bisnes anda.

Online atau fizikal

Ikut mana anda selesa

Sesi online guna video call dan share screen. Sesi fizikal kat lokasi yang kita setuju.

Creative sebenar untuk iklan coaching ni sendiri

Saya buat apa yang saya ajar. Empat creative ni memang run untuk iklan coaching ni, setiap satu dengan angle lain. Dalam sesi, anda belajar buat creative macam ni untuk bisnes anda.

Creative Meta Ads jenis explain: framework 3-Layer Engine di whiteboard
ExplainTunjuk mekanisme
Creative Meta Ads jenis authority: 10,000 orang pernah belajar
AuthorityBukti & credibility
Creative Meta Ads jenis pattern break: nota sticky note tulisan tangan
Pattern breakStop scroll
Creative Meta Ads jenis comparison: cara lama lawan cara baru
ComparisonCara lama vs cara baru
Lepas sesi

Apa Anda Bawa Balik

Bukan nota yang anda simpan dalam laci. Ni benda yang anda bawa balik lepas sesi.

Faham apa jadi dalam account anda

Dah tak tekan button ikut agak-agak. Anda tahu kenapa setiap setting tu ada.

Structure yang betul

3-Layer Engine yang anda faham sendiri, bukan template copy-paste tanpa tahu kenapa.

Campaign yang boleh jalan

Keluar sesi, anda dah ada campaign betul dalam account anda, ready untuk launch.

Yakin nak jalan sendiri

Anda tahu next step, dan tahu bila nak tanya. Untuk 1-to-1, saya teman anda sebulan kat WhatsApp.

Bukti

Saya Bukan Orang Baru Dalam Training

Lebih 10,000 orang dah belajar dengan saya, through online course, kelas dan corporate training. Termasuk team dealership automotif untuk digital marketing dan Meta Ads.

Pernah buat training untuk

Zetrix AI BerhadMyEGUnit Komunikasi Korporat, KKMHondaJAECOOPeroduaProton
Coach Kaio melatih team dealership automotif tentang digital marketing dan Meta Ads
Training team dealership automotif
Kelas Meta Ads hands-on di makmal komputer
Kelas hands-on kat makmal komputer

Client Cakap Sendiri

Lima video ni dari zaman studio. Diorang cakap sendiri depan kamera, bukan testimoni yang saya taip. Testimoni ni pasal kerja saya secara umum (video, content, digital marketing). Coaching Meta Ads ni offer baru.

1:11

"Sampai tak menang tangan."

"Sebelum ni susah saya nak dapat leads yang nak bertanya tentang pembelian kereta secara online, direct dari luar negara. Tapi sekarang sampai tak menang tangan lah."
Haji ZuhairiCEO Rasniaga Sdn Bhd · Penjual kereta import

Untuk dealer kereta import, lead WhatsApp pernah serendah RM5. Biasanya bawah RM10.

1:43

"Masa lockdown pun bisnes masih boleh berjalan."

"Sebelum ni kalau musim perayaan atau hujung tahun, sales mesti drop sikit. Tapi masa lockdown pun bisnes kita masih boleh berjalan. Hasil dari video yang kita buat tu, orang dah mula kenal."
Encik SyukriDirector, Khalifah Copier Sdn Bhd · Pembekal mesin fotokopi
1:55

"Sekarang kita dah tambah team sales."

"Respond sangat banyak sampai kita tak menang tangan nak melayan. Sampai kena minta maaf pada customer sebab lambat reply. Dan sekarang kita dah tambah team sales."
Datuk Junaidah KittingPengasas De'Wajah · Skincare & kosmetik
1:16

"Kami tak dibiarkan sendiri."

"Ramai founder rasa blur tak tahu nak start kat mana bila nak buat video. Dekat Kaio Studio, kami dibantu dari awal: storyboard, konsep, apa nak cakap, sampailah ke ending video."
Puan AyuFounder TMPL Escapade & Tours
1:09

"Impaknya sangat berbeza."

"Mereka sangat profesional, buat kami rasa selesa, dan banyak membantu dari segi hala tuju video. Percayalah, impaknya sangat berbeza bila anda serahkan video anda ke tangan profesional."
Putri MahirahRWA Kaizen Medifinance Advisory · MDRT Lifeplanner
Lead WhatsApp, dashboard jualan dan pelanggan di kedai
Terus terang

Saya Takkan Janji Anda Dapat Sekian Lead Lepas Ni

Sesiapa yang janji angka macam tu, dia jual harapan, bukan servis. Result bisnes anda bergantung pada produk anda, harga anda, dan macam mana anda follow up lead.

Yang saya boleh janji: lepas sesi, anda faham apa jadi dalam account anda, dan tahu next step. Selebihnya, di tangan anda.

Kenapa group & workshop takde harga tetap?

Sebab setiap group lain-lain. 5 orang ke 30 orang, online ke fizikal, sehari ke dua hari, newbie ke dah pernah run ads. Harga yang tepat bergantung pada semua tu. So saya prefer faham situasi anda dulu, baru bagi quote yang jelas. Takde pressure untuk terus bayar.

FAQ

Soalan Pasal Coaching Meta Ads

Saya newbie total. Takut tak faham.
Sebab tu lah coaching ni personal. Saya start dari basic dan ikut level anda. Dalam 1-to-1 atau small group, anda takkan tertinggal.
Saya dah cuba Facebook Ads sendiri tapi tak jadi. Apa beza coaching ni?
Bezanya satu je. Kali ni ada orang tengok account sebenar anda dan tunjuk tepat-tepat apa yang salah. Bukan agak-agak, bukan video generic.
Apa beza 1-to-1, small group, group coaching dan workshop?
Bezanya pada berapa banyak masa yang fokus pada account anda sendiri. 1-to-1 memang full untuk bisnes anda. Small group (3 hingga 5 orang) sesuai untuk founder dengan team. Group coaching (5 hingga 10 orang) dan workshop (11 hingga 30 orang) sesuai untuk company atau komuniti yang nak ramai orang belajar sekali.
Bisnes saya servis atau professional, bukan produk. Boleh ke?
Boleh, malah lagi bagus. Segment ni jarang ada orang nak ajar Meta Ads betul-betul.
Company saya boleh jemput Coach Kaio untuk train team?
Boleh. Team 5 hingga 10 orang, ambil Group Coaching. 11 hingga 30 orang, ambil Workshop. Isi borang dengan saiz team dan goal anda, nanti saya cadangkan setup yang sesuai.
Sesi online tu macam mana sebenarnya?
Video call. Anda share screen ad account anda, dan kita buat sama-sama, live. Untuk 1-to-1 online, anda dapat recording lepas sesi.
Lepas sesi, terus boleh run ads sendiri ke?
Untuk 1-to-1, anda keluar dengan campaign yang boleh jalan hari tu jugak, plus 1 bulan WhatsApp support kalau stuck. Untuk group dan workshop, anda keluar dengan framework dan step yang jelas untuk buat dalam account sendiri.
Berapa harga coaching Meta Ads ni?
1-to-1 RM1,800, termasuk sesi intensif dan 1 bulan WhatsApp support. Small group RM899 seorang, minimum 3 orang. Group coaching dan workshop saya quote ikut saiz group, tempoh dan lokasi. Isi borang kat page ni, nanti saya reply kat WhatsApp anda.
Ada refund atau guarantee?
Takde refund dan takde guarantee result, sebab result setiap bisnes lain-lain. Yang saya janji: anda faham apa jadi dalam account anda dan tahu next step.
Saya nak orang lain run ads untuk saya. Boleh?
Tu servis Done-For-You saya, lain dari coaching ni. Tulis dalam borang, kat ruang masalah utama, nanti saya explain kat WhatsApp.
Next step

Rasa Ni Untuk Anda? Start Dengan Borang Ni.

Dua minit je. Soalan-soalan ni bantu saya faham bisnes anda dulu, so bila saya reply, saya terus bagi cadangan dan harga yang tepat.

  1. 1Isi borang 2 step kat sebelah.
  2. 2WhatsApp anda akan terbuka dengan jawapan tadi. Tekan Send.
  3. 3Saya reply kat WhatsApp anda dengan cadangan format, harga dan tarikh sesi.

Saya sorang je yang ajar, so slot sesi sebulan memang terhad.

Step 1 dari 2 · Pasal anda

Format yang anda minat

Jawapan anda terus sampai ke WhatsApp saya. Lepas tekan button, WhatsApp anda akan terbuka dengan jawapan ni. Tekan Send, nanti saya reply terus kat WhatsApp anda.

WhatsApp017-236 0967
Instagram & TikTok@kaio_my
YouTube@coachkaio
Isi Borang 2 Minit